Rabu, 20 Mei 2009

Mesyuarat Pengurusan dan Perbengkelan PPDa JPNJ 2009

Tarikh : 20 hingga 22 Mei 2009
Tempat : Glory Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan
Peserta :
1. Encik Mohd Kahrulnisak - SMK Bandar Tenggara
2. Puan Siti Salmah bt Erang - SMK Bandar Putra

Fokus :

* Penghasilan brosur dan poster
* Pemurnian Portal PPDa
* Kajian Tindakan PPDa Sekolah Menengah
* Kajian Tindakan PPDa Sekolah Rendah

Ahad, 17 Mei 2009

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pejabat Pelajaran Daerah Kulai mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan Karnival PPDa Peringkat Negeri Johor tahun 2009 di Kulaijaya yang telah disempurnakan Perasmian penutupnya oleh Encik Abdul Aziz b. Hj. Redwan, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Johor pada 16 Mei 2009 di SMK Senai.

Ucapan terima kasih khusus untuk semua Jawatan Kuasa Pengelola, Penolong PPD SPK Negeri Johor,Pegawai-pegawai Khas PPDa,Agensi Kerajaan dan swasta, guru-guru serta pelajar yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Karnival ini.

Tahniah juga kepada pasukan dari daerah Kulai yang berjaya dalam Karnival ini iaitu pasukan Nasyid dari SMK Kelapa Sawit ( Ketiga) dan SK Taman Sri Pulai ( Kedua) untuk kategori Sajak sekolah rendah

KEPUTUSAN TERKINI KARNIVAL PPDa PERINGKAT NEGERI JOHOR 2009

Berikut adalah keputusan Karnival PPDa Peringkat Negeri Johor 2009 yang telah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kulai pada 15-16 Mei 2009

Pertandingan Nasyid Anti Dadah
Johan : Daerah Batu Pahat
Naib Johan : Daerah Pasir Gudang
Ketiga : Daerah Kulaijaya


Pertandingan Deklamasi Sajak Anti Dadah Sekolah Rendah
Johan : Daerah Pasir Gudang
Naib Johan : Daerah Kulai
Ketiga : Daerah Kota Tinggi

Pertandingan Boria Anti Dadah
Johan : Daerah Kluang
Naib Johan : Daerah Johor Bahru
Ketiga : Daerah Kota Tinggi

Pertandingan Deklamasi Sajak Anti Dadah Sekolah Menengah
Johan : Daerah Kota Tinggi
Naib Johan : Daerah Johor Bahru
Ketiga : Daerah Mersing

Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah Sekolah Rendah
Johan : Daerah Pasir Gudang
Naib Johan : Daerah Batu Pahat
Ketiga : Daerah Segamat

Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah Sekolah Menengah Rendah
Johan : Daerah Batu Pahat
Naib Johan : Daerah Kota Tinggi
Ketiga : Daerah Johor Bahru

Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah Sekolah Menengah Atas
Johan : Daerah Kota Tinggi
Naib Johan : Daerah Pontian
Ketiga : Daerah Kota Tinggi


Pertandingan E-PPDa Anti Dadah
Johan : Daerah Kota Tinggi
Naib Johan : Daerah Batu Pahat
Ketiga : Daerah Segamat


Pertandingan Dikit Barat Anti Dadah
Johan : Daerah Batu Pahat
Naib Johan : Daerah Pontian
Ketiga : Daerah Kota Tinggi

Jumaat, 15 Mei 2009

SELAMAT DATANG KE KARNIVAL PPDa NEGERI JOHOR DI KULAIJAYA

Pejabat Pelajaran Kulai mengalu-alukan kedatangan semua Kontinjen Daerah seluruh negeri Johor ke Karnival PPDa Peringkat Negeri Johor 2009 pada 15-16 Mei 2009

Tempat-tempat pertandingan adalah seperti berikut:

1. Nasyid dan Majlis Perasmian penutup - Dewan SMK Senai
2. Dikir Barat - Pasaraya TJ. Mart, Saleng
3. Boria & Melukis Poster - SMPK Vokasional Indahpura
4. Deklamasi Sajak- SK Bandar Putra
5. EPPDa - Makmal Komputer SMK Tunku Abd. Rahman Putra

Pendaftaran : 15/5/2009 jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Asrama SMK Tunku Abd . Rahman Putra


Taklimat : 15/5/2009 jam 4.00 petang ( untuk ketua Kontinjen)

Majlis Perasmian Penutup : 16/5/2009 jam 3.00 petang

Orang ramai dijemput hadir

Sabtu, 9 Mei 2009

HANTARAN SENARAI NAMA PESERTA DAN SKRIP PERTANDINGAN KARNIVAL PPDa PERINGKAT NEGERI JOHOR

Mohon kerjasama sekolah-sekolah yang menyertai Acara Karnival PPDa Peringkat Negeri Johor supaya dapat menghantar senarai nama peserta dan skrip kepada Encik Rosli B. Puteh , Pegawai Khas PPDa PPD Kulai dengan segera.

Jumaat, 8 Mei 2009

MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA PENGELOLA KARNIVAL PPDa PERINGKAT NEGERI JOHOR 2009

Mesyuarat berkenaan akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Mei 2009 ( Selasa)
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Senai
Masa : 2.00 petang

Semua Jawatankuasa pengelola Karnival PPDa yang telah dilantik dikehendaki hadir mesyuarat tersebut diatas.

MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL PPDa PERINGKAT NEGERI JOHOR 2009

Mesyuarat Penyelarasan Karnival PPDa Peringkat negeri Johor
telah diadakan pada 7 Mei 2009 bertempat di SMK Bandar Putra, Kulai

Penolong Pengarah dan Penyelia Unit PPDa Jabatan Pelajaran Johor bersama dengan Penolong PPD,Pegawai Khas PPDa, Pejabat Pelajaran Daerah seluruh negeri Johor telah hadir mesyuarat untuk membincangkan mengenai Pengelolaan Karnival PPDa Peringkat Negeri Johor 2009.

PPD Kulai mengucapkan terima kasih di atas segala sumbangan idea dan bantuan daripada ahli mesyuarat.

Rabu, 6 Mei 2009

PINDAAN TEMPAT PERTANDINGAN NASYID DAN MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL PPDa PERINGKAT NEGERI JOHOR 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa tempat pertandingan bagi acara Pertandingan Nasyid Kontemporari dan juga Majlis Perasmian Penutup telah dipindahkan ke Dewan SMK Senai, Senai Johor.

Pihak penganjur memohon maaf di atas segala kesulitan

MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2009

Mesyuarat berkenaan akan diadakan pada ketetapan berikut:

TARIKH : 7 MEI 2009 (KHAMIS)
MASA : 09.00 PAGI
TEMPAT : SMK BANDAR PUTRA KULAI

Kehadiran: Ketua Unit PPDa JPNJ, Penyelia PPDa JPNJ,Ketua Unit SPK PPD Negeri Johor dan Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah PPD Negeri Johor serta hakim Karnival PPDa Peringkat Negeri Johor 2009